Soul.

Assalamualaikum and hi ;)

...........................................
Minggu nih masa aku terluang gila gila dengan tengok gambar kau. Setiap masa kod. Aku rindu kau, sumpah beb rindu gilaaaaa >,<
Aku asyik ingat je our first meet. first talk. first laugh. first cry. Huaaaa.
Duduk rumah, dalam bilik sorang sorang macam ni buat aku ingat balik kenangan kenangan kita.
Macam mana permulaan pagi kita, petang kita, malam kita, prep kita, dewan makan kita,muka Wak suparjoe kita *hiks, Makcik Intan kita,surau kita, bilik dobi kita, tandas kita, asrama blok lama kita, bilik tv kita, kantin sekolah kita, kelas SKM kita, kelas kita, bilik media kita, bilik cikgu Faizal kita.Semua bilik dan tempat yang telah dipenuhi dengan kenangan pahit manis kita. Ohh, i miss that.
Awal pagi lagi rutin harian aku kejut korang mandi, turun solat subuh, breakfast.Rindu gila nak baling air dekat muka Ari, susah benor nak bangun pagi. Nak tengok mieyra lepas kena kejut bangun tido, dia mesti duduk lunjur kaki ke depan then mata pejam, aa sweet. Rindu nak solat subuh berjemaah. then lepas solat cepat cepat lari pergi dewan makan ambil breakfast takut aspura keluar awal.haha. Pergi sekolah jalan sama sama, lari sama sama, gelak sama sama. And yang paling awal sampai perhimpunan tapi setiap hari Isnin aku tak pernah rasa kita awal. haha. Tido berdiri waktu perhimpunan rasmi, bila nak tumbang baru lah sedar. buat buat pegang tiang sebab nak tidur kan ari kan. haha. jenjalan pergi kelas sambil gelak tak ingat dunia. masuk kelas gossip bila cikgu masuk kepala semua pakat kena tongkat dengan tangan, lenaa. haha. waktu cikgu masuk bersembang sangat. Rehat sama sama. makan dekat kantin, beli roti bun letak dalam poket baju pergi koperasi beli air kotak, keropok. haha. Konon dalam kelas mengantuk makan kan, padahal sama jee. Balik solat zuhur, sempat lagi tido. kadang kadang skip makan tengah hari sebab nak tido. pergi sekolah dengan muka bangun tido, sometimes lena sometimes makan. kita selalu pilih tempat duduk belakang sekali kalau masuk 5 Auto kan. haha. Dengar je azan asar kalut kemas barang nak balik. solat then kalut jee nak naik blok sebab nak cop bilik air. Kita relax jee kan ? salin baju lepak atas katil gelak gelak lepastu 5.30 kalut sibuk tak mandi lagi lah apa lah. nak pergi makan kan. Sapa yang dah mandi tu jadi mangsa cop tempat depan sekali, haha. And of course aku dengan qila. haha. kadang tu lepas makan baru mandi. :P
Pergi prep sama sama, lari sama sama. haha. gelak sampai prep aspura dengar.:p

Time prep, buat group. buat bulatan, bukak beg bawak keluar makanan. sembang sembang. bunyi loceng habis prep semua pakat lari, nak beli nasi lemak pakcik joseph ehh? haha. naik dorm tunggu yang lain, salin baju kemas beg, kemas tempat tido. then buat bulatan bersila makan nasi lemak. Pergi tandas ramai ramai, cuci tangan basuh kaki cuci muka semua. Baring ! sembang sampai lenaa. aaaa, rindu semua tu. serious talk, rindu gila beruk kucing arnab kambing tetiba beruk main piano*ayat fitri.


 





P/s : Seandainya kita semakin jauh di masa hadapan, di hari hari yang akan datang. Sahabat, ingatlah semua kenangan yang telah kita bina. We have been together in ups and down, tears and cheer. I love you so much, SAHABAT.