Starting.

Bismillah...
Assalamualaikum and hi :)

 Hadirnya diri ini pada waktu dan hari ini sebab terlalu rindukan unprivate diary yang tah berapa lama tak jengguk. Maaf sebab hilangkan diri begitu sahaja, hanya disebakan tinggal di asrama, jarang balik bila balik malas, takda masa semua cukup sempurna dengan alasan yang tak munasabah ini. Okay memandangkan lama tak menaip, kekok rasanya bila nak berjinak jinak kembali untuk menaip. haih. takpa mencuba :)
Hampir setahun tak bercerita. Jadi tak ketahuan hala nak cerita apa sebab terlalu banyak cerita yang disimpan dan dibiarkan minda, hati, mata yang melihat segala yang terjadi selama ini.

Mulanya, buat masa sekarang pelajaran semua masih okay. dah lalui semester satu dua dan tiga dengan keputusan yang membanggakan, alhamdulillah. sekarang tengah struggle untuk semester empat yang mana mungkin semester akhir bagi aku untuk pakai baju orange, tudung sekolah, seluar slack dah macam cleaner mana dah tu. Kalau keputusan turut memberangsangkan, boleh sambung untuk dua tahun seterusnya iaitu peringkat Diploma. Penat memang penat study tak rehat tapi bila fikir balik takan nak patah balik, lagi buang masa baik teruskan perjalanan yang hampir ke penghujungnya. Dua tahun tu tak lama, pejam celik dah nak habis dua tahun tu. In shaa Allah, andai diberi kekuatan dan rezeki, mungkin sambung lagi sampai ke tahap yang telah di-target baru mula nak buat wishlist hidup yang baru sebab dah habis sambung belajar semua dah, dah tak mampu nak teruskan lagi.

Keduanya, menjadi seorang yang berjawatan tinggi di asrama susah. nak jaga hati warden mahupun kawan, berbelah bahagi. Ada masanya kena fikir amanah kita, ada masa kena fikir persahabatan. Nak ambil berat, jaga seratus lima puluh enam orang aspuri dekat asrama tu bukan senang. Tiap kali riadah ahad pagi nak pastikan semua enjoy, rolcall malam malam untuk pastikan cukup seratus lima puluh enam orang tu. sakit sihat depa semua. Bila ada masalah, yang berjawatan tinggi ni kena fikir, pelajaran lagi nak fikir. Tapi bersyukur sangat sebab diberi untuk pegang tanggungjawab ni. Walaupun bagi orang lain itu perkara biasa :)

Ketiga, masih ada perangai buruk macam dulu. Hahh, habit sebelum tidur memang tak boleh buang. habit peluk orang kuat menangis semuanya tak boleh buang. masih kebudak budakan. masih manja, masih memerlukan orang sentiasa disisi untuk ditemani. masih ego macam klcc tingginya. segalanya tak berubah.



till here, in shaa Allah lepas ni cuba untuk curi masa balik up date apa yang patut.











love,
kema comel. hiks

Habits.

Assalamualaikum and hi .
......................................

Sebenarnya takda idea nak up-to-date pasal apa. Baring baring tadi *sambil main main rambut
tetiba keluar idea nak up date pasal habits. Okay firstly banyak sebenarnya habit buruk aku nih. memandangkan nak dekat tahun baru so kononnya azam baru lah kan nak ubah semua habits buruk nih.
Sebenarnya takda lah buruk sangat tapi comel lahh bila ingat balik what i have done. haha.*perasan!
Habit pertama yang aku rasa betul betul nak buang tabiat hudus ni ialah sebelum tido. Susah mata nih kalau nak lelap kalau takda tangan yang garukan belakang. Act, tak gatal pun tapi tah selesa sumpah kejap je boleh tido. Tambah tambah yang tolong garukan tu slow je, memang layan gila mata ni nak pejam. Then, tepukkan. Pergh, tu lagi nikmat kalau ada orang tepukkan belakang kita nih kan. tepuk pulak tepuk tepuk manja. *bukan gaya nak bagi keluar jantung ehh.
Dekat asrama tak yah cakap laa, haha. sebab tu aku sayang kau sahabat, memahami betul. *Haks
Lagi satu, wajib dan harus peluk something. dekat asrama tukan takda bantal extra so mesti lah kawan yang jadi mangsa untuk aku lenyekkan. haha. *Thanks again untuk diorang.
Haa, RAMBUT. ergh, tu lagi satu habit yang aku tak boleh buang, kalau tengah layan cerita atau layan mata mengantuk memang tu mujarab gila. main main rambut, best kod.
Waktu makan, okay aku tak boleh nak stop buat suara yang kalau orang tengok makanan tu tak sedap jadi sedap ah senang cerita. sebab aku memang suka makan!
Time study, aku suka gila buat macam macam bentuk muka. tu tandanya aku tengah bosan, so please bagi aku makanan and it's will end. HAHA. dan semestinya focus tahap gila time study tu.*serious
Okay, bila baca dari atas, haha sumpah banyak gila habits hudus ni. Banyak lagi sebenarnya benda yang aku suka buat dan ia memudaratkan pada diri aku yang dah bambam ni. especially bab makan.*please, tinggalkan.
Masa depan kita tak tahu apa yang akan jadikan, so takut jugak kalau kalau di waktu akan datang ni dah gaya adibah noor ke, enot ke kan. *NO!
So, Akma you should stop all. berhenti tido main rambut, berhenti orag tepukkan belakang, berhenti garukan belakang, berhenti buat muka bosan bila study then kau dapat makanan kau cheer balik. nope okay!
Well, see you soon ! :)




P/s: Azam baru ? macam tak jee, Nak kurus kee? *ambil cadbury black forest. Time too eat chocolate !

Soul.

Assalamualaikum and hi ;)

...........................................
Minggu nih masa aku terluang gila gila dengan tengok gambar kau. Setiap masa kod. Aku rindu kau, sumpah beb rindu gilaaaaa >,<
Aku asyik ingat je our first meet. first talk. first laugh. first cry. Huaaaa.
Duduk rumah, dalam bilik sorang sorang macam ni buat aku ingat balik kenangan kenangan kita.
Macam mana permulaan pagi kita, petang kita, malam kita, prep kita, dewan makan kita,muka Wak suparjoe kita *hiks, Makcik Intan kita,surau kita, bilik dobi kita, tandas kita, asrama blok lama kita, bilik tv kita, kantin sekolah kita, kelas SKM kita, kelas kita, bilik media kita, bilik cikgu Faizal kita.Semua bilik dan tempat yang telah dipenuhi dengan kenangan pahit manis kita. Ohh, i miss that.
Awal pagi lagi rutin harian aku kejut korang mandi, turun solat subuh, breakfast.Rindu gila nak baling air dekat muka Ari, susah benor nak bangun pagi. Nak tengok mieyra lepas kena kejut bangun tido, dia mesti duduk lunjur kaki ke depan then mata pejam, aa sweet. Rindu nak solat subuh berjemaah. then lepas solat cepat cepat lari pergi dewan makan ambil breakfast takut aspura keluar awal.haha. Pergi sekolah jalan sama sama, lari sama sama, gelak sama sama. And yang paling awal sampai perhimpunan tapi setiap hari Isnin aku tak pernah rasa kita awal. haha. Tido berdiri waktu perhimpunan rasmi, bila nak tumbang baru lah sedar. buat buat pegang tiang sebab nak tidur kan ari kan. haha. jenjalan pergi kelas sambil gelak tak ingat dunia. masuk kelas gossip bila cikgu masuk kepala semua pakat kena tongkat dengan tangan, lenaa. haha. waktu cikgu masuk bersembang sangat. Rehat sama sama. makan dekat kantin, beli roti bun letak dalam poket baju pergi koperasi beli air kotak, keropok. haha. Konon dalam kelas mengantuk makan kan, padahal sama jee. Balik solat zuhur, sempat lagi tido. kadang kadang skip makan tengah hari sebab nak tido. pergi sekolah dengan muka bangun tido, sometimes lena sometimes makan. kita selalu pilih tempat duduk belakang sekali kalau masuk 5 Auto kan. haha. Dengar je azan asar kalut kemas barang nak balik. solat then kalut jee nak naik blok sebab nak cop bilik air. Kita relax jee kan ? salin baju lepak atas katil gelak gelak lepastu 5.30 kalut sibuk tak mandi lagi lah apa lah. nak pergi makan kan. Sapa yang dah mandi tu jadi mangsa cop tempat depan sekali, haha. And of course aku dengan qila. haha. kadang tu lepas makan baru mandi. :P
Pergi prep sama sama, lari sama sama. haha. gelak sampai prep aspura dengar.:p

Time prep, buat group. buat bulatan, bukak beg bawak keluar makanan. sembang sembang. bunyi loceng habis prep semua pakat lari, nak beli nasi lemak pakcik joseph ehh? haha. naik dorm tunggu yang lain, salin baju kemas beg, kemas tempat tido. then buat bulatan bersila makan nasi lemak. Pergi tandas ramai ramai, cuci tangan basuh kaki cuci muka semua. Baring ! sembang sampai lenaa. aaaa, rindu semua tu. serious talk, rindu gila beruk kucing arnab kambing tetiba beruk main piano*ayat fitri.


 





P/s : Seandainya kita semakin jauh di masa hadapan, di hari hari yang akan datang. Sahabat, ingatlah semua kenangan yang telah kita bina. We have been together in ups and down, tears and cheer. I love you so much, SAHABAT.





RAMADHAN.


Assalamualaikum , hi :)

Rasanya tak lambat lagi kan kalau aku nak wish SELAMAT BERPUASA . Ramadhan sebulankan ? hehe. Al maklum lah, stay asrama, *Ehh? tadak kena mengena pun. Minta maaf sebab lama tak membusy kan diri nih dengan menghapdate blog. Semester 2 baru nak start , busy nak membulatkan mata terima tajuk baru. Agak susah sebenarnya sem 2 nih. Wheff. Okay cukup, enough. Lari dari tajuk sebenar dah rasanya. RAMADHAN. Sebenarnya nak cerita pengalaman pertama berpuasa dekat asrama. Seronok sebenarnya, puasa dengan kawan, bersahur, berbuka ada jea muka diorang. Tiap waktu sebenarnya tengok diaorang. Malam pertama, rasa sedih, sayuu sangat sebab tak dapat nak berterawih dengan family, takpea kawan ada, takpea lah. Masya Allah, indahnya terawih dengan kawan. Malam pertama nak puasa , dorm punya lah bising takut tak terbangun waktu sahur, mula lah bawak keluar segala stock makanan yang ada, makan puas puas malam tu. Rupanya makcik makcik abang abang dan wak kesayangan *errr yang kejutkan :)
pagi pagi lagi dah bunyi loceng, kakak kakak badar pun kejutkan dengan bunyi siren yang hingaqq nak mampus tu, kalau duduk dekat siren tu boleh pekak seumur hidup. Hari hari berpuasa tu alhamdulillah aku dapat tempuhi dengan sabarnya, dengan tabahnya. Mana taknya, kelas tinggkat 3 ujung sekali pulak tuu. Nasib baik cikgu cikgu amat memahami, buka penghawa dingin sebelum kitaorang masuk kelas. Weehhaaaa :D Masuk tu syur tak terkata lah kan. hehe, Nasib baik jugak cikgu memahami, kalau kitaorang tidur dia reling jea, HAHA. lepastu kena perli. Berbuka dekat dewan makan, dengan senior, warden memang satu pengalaman yang tak boleh aku lupakan. masuk jea dewan makan riuh , tak tahu lah story apa yang hot sangat. Bunyi azan jea, terus semua senyap sampai dengar bunyi kipas berpusing jhea. Sampai lah ada someone bangun nak masuk surau baru start bising balik. Lepas solat maghrib pergi surau aspura solat berjemaah dekat sana pulak. Dengar warden aspura yang imam kan sedih gilaa, teringat dekat boroi tuu, selalu dia yang imamkan. sedih sangat.. nak buat maca mana, tu lah kehidupan asrama. Hari hari yang berikutnya seronok sangat , tak rasa penat pun puasa dekat sana. mana tak nya, tiap waktu duduk dalam bilik sejuk jaaa. hehe. sampailah satu hari tuu, rasa penat sangat, yang mula tegur myra lah. demam. Panas badan nih taktau nak cakap lah. diaorang boleh cakap kalau masak telur goreng pun sedap nih. Boleh buat lawak pulak diaorang nih. Ada hari tu memang tak tahan sangat dah, naik naik dorm terus capai selimut, diorang risau tahap gaban ah, ambil tuala kecik tu basahkan letak dekat dahi. sambil sambil tu diaorang lap badan nih sebab terlalu lalu panas. risau diaorang terkata. Dipaksanya makan ubat, tapi terkeluar balik sebab perut kosong. Kalut jea diaorang carik baldi , Mana lah nak cari kawan macam tu kan ? Waktu tu bersyukur sangat sebab diaorang betul betul caring, betul betul sayang kawan diorang nih. :)
Sanggup pergi call mak aku suruh ambil aku sebab takut jadi apa apa. muka pucat tak payah cakap lah, mata merah, berair sebab panas sangat. Pengalaman puasa time demam memang tak dapat nak lupa kasihnya diaorang. Alhamdulillah hampir sebulan puasa dengan diaorang, seronok sangat. Inshaa Allah tahun depan kalau dipanjangkan umur, nak sangat puasa dengan diaorang lagi <3





P/s: Terima kasih, Mieyra, Jaja, Opah, Sue, aqila, Fa, Ari, Yana sebab dah jaga aku time demam haritu. Sunyi ehh aku demam ? tu yang korang buat lawak gila gila kan ? Selalunya mulut nih lah yang riuh. Tetiba senyap jea kan ? hehe. terima kasih atas segala kasih, pengorbanan, sayang, caring korang semua. Sayaaaaaanggg korang. iloveyousahabattilljannah.

Kepastian.




Dia adalah manusia yang keliru menentukan arah. Belok kanan belok kiri atau lurus saja. Dia cuma tahu bahawa dia mesti terus berjalan, dia tidak boleh berhenti sehingga pada suatu saat, ketika suatu kebuntuan menghalangnya daripada memilih untuk berhenti. Dia memilih untuk undur ke belakang lagi kerana yang penting dia terus dan terus berjalan. Kadang ada saat dimana aku harus menghadapi semuanya dengan sendiri, meski hati menangis tak ada pilihan lain selain berusaha. Keadaan terus memaksa diri aku untuk kuat, meski sebenarnya tak mampu. Cinta bukan bermaksud memiliki, cinta bermaksud pengorbanan. Pengorbaan apa saja untuk insan yang kita cintai, kita sayangi, kita kasihi walaupun kita tahu pengorbanan itu kadangkala menyakitkan. Tapi lambat laun kita akan merasai kemanisan pengorbanan untuk orang yang kita sayang. Dia adalah manusia yang belajar diam dari banyak berbicara, belajar sabar dari sebuah kemarahan, belajar susah dari hidup senang, belajar menangis dari satu kebahagiaan, belajar tawakal dari ujian serta belajat redha sari satu ketentuan Ilahi :)
Aku lah, aku lah manusia yang sedang mencari jalan untuk berhenti berjalan mencari yang tak pasti.

Miss the moment.

Assalamualaikum and hi :)

Lama kan menghilang ? Yeah. Actually baru jea lepas exam semester 1. Alhamdulillah, semuanya baik kecuali... errr, sejarah. hikhik. toh lea macam mana dengan result sejarah nanti. Memang agak terkejut siket, sebab takda exam macam dulu tu, ujian selaras 1 lah 2 lah. Takda, teroih exam final. Terkejut mengalahkan beruk jugak lah. Tapi syukur alhamdulillah boleh juga jawab. Dalam duk selalu tidor dalam kelas, tiap masa pulak tu. Dulu tak pula cem tuu, maybe disebabkan first time stay asrama kan ? masa padat dengan macam macam aktiviti. dah laa balik pukul 5, memang masa gila padat lah kan . Okayokay enough. rasa macam dah lari tajuk jea kan ? hehe.

Back to the tittle, miss the moment.
Actually tah kenapa tetiba hari nih teringat balik masa first stay asrama tu. Kawan yang happening gilaa. kawan yang pertama aku kenal, Arina. She's cute ! Dia lah yang pernah tengok muka pelik aku masa dekat dewan makan. HAHA. Mana taknya, terkejut aku bila kena basuh piggan sendiri. Ingatkan letak tepi jea *hikss Biasa lah orang tak pernah stay asrama kan, dia jadi jakun siket. haha.

Second, baru lah makcik yang otak gilagila macam aku jugak, Mieyra .Dia buat aku teringat gila dekat Aby. Sumpah, first time aku dapat kawan yang aku baru kenal tak sampai satu hari aku dah gelarkan dia besties. Aku senang sangat dengan dia. Dia lah orang pertama yang tengok aku menangis. Menangis sebab benda kecil jea pun. HAHA. tahu jea lah aku kan ? kalau benda yang aku tak boleh buat, mulalah air mata nak keluar.
Tak salah, haritu dia teman aku pergi public call mama. bagitahu yang minggu tu tak balik. Then reyau sebab taktahu nak basuh baju dekat bilik dobi tu macam mana. Suruh mama datang amek semua baju baju yang nak basuh tu then hari ahad mama hantar balik. see ? sampai macam tu sekali jakun dia. HAHA.
Tapi dengan keadaan aku yang macam tu, orang yang teman aku tu pujuk, dia boleh ajarkan. Series memang malu gila lahkan ? mana taknya basuh baju pun tak reti. ituu lah, dok rumah makan tidoq makan tidoq jaa.*hehe. Esok tu mulalah misi dia, ajar aku basuh baju dengan mesin yang macam apa lagi. Yea lah kat rumah tekan button jea. dekat sana mana lah ada orang nak bagi mesin macam tu kan. Nak kena drain lain button, nak spin lain pulak. err. Tapi tu lah kenangan yang mungkin aku takdapat lupa. Dia jugak banyak dengar cerita aku, rindu aku dekat sekolah lama. macam macam lah yang kitaorang sharing dah macam 16 tahun kenal. padahal setahun pun tak sampai lagi.

Then aku kenal pulak dengan Suraya. tak sangka pulak dia ada kampung dekat Parit Buntar. hoho. So kitaorang rapat pun sebab sepupu dia ada sekolah Panglima tuu. Dah tuu, kenal pulak dengan Munirah, aaaaaaaa suka peluk dia kuatkuat. hikss. And the best one, Nur Aliah. Yeayy, my Opah <3
Totally sayang sangat dekat dia. Even ada katil sendiri nak jugak himpit kan ? hekhek. satu katil dua orang memang superb lah, kadang kadang tu lawak. tapi sweet ! Suka sangat tido sebelah dia. Kitaorang panggil dia opah pun sebab dia dah macam opah. dia lah yang jaga kitaorang. kalau ada salah faham apa apa dia lah orang tengah. dia lah yang selesaikan slah faham tuu. That's why , ilebiuu. hehe.

 Sue, thank you for being my best friend.
Terima kasih juga untuk mendengar tangisan gelak tawa aku. 
winkwink. loveyou.

 Arina, thanks for everything.

 Opppppppaaaaahhhhh, you're my soul <3

Mun, rindu nak peluk kau kuatkuat. aaaaaaaa! hikss.

This, my special one. 
Mieyra, terima kasih sebab telah meyakin aku yang hidup di asrama memang superb!
Maaf sebab tak dapat jadi kawan yang baik untuk kau, tak jadi kawan yang setia pada kau,
tak jadi seorang pendengar masalah yang sempurna terhadap kau. Kalau disenaraikan kesilapan yang pernah aku buat kat kau, memang tak tersenarai lah kan?
aku rindu kita yang dulu Mieyra <3
Iwishicouldbeyourbestiestilljannah. 
Loveyoumoreandmoreandmoreadmore.



Terus menunggu :")

Hi and assalamualaikum :)

Perpisahan bukan lah satu pengakhiran bagi kita, tapi perpisahan yang kita alami adalah satu permulaan dalam hidup kita supaya dapat membina kenangan baru.
Apabila kita redha dengan kekecewaan yang diberikan , percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak dijangka :)




sedih :(

assalamualaikum and hi :')


jangan ditanya kenapa mengapa , hati terlalu sakit :(
sakit menahan rindu , sakit menahan apa yang berlaku sekarang. terlalu sakit :(
aku tahu semua ni takdir . tapi untuk lupakan seorang yang pernah bahagiakan kita , ubah kita susah sangat .
Tolong lah faham , macam mana nak lupakan seseorang kalau kita masih sayang dan perlukan dia . susah . bagi lah masaa .....
esok lepas zuhur , mulalah rutin harian sebagai seorang pelajar . Stay asrama :'(
berat sangat hati ni nak tinggal rumah , segalanya . dekat sana jugak laa semua benda nih terjadi  maca mana nak lupakan ? Tiap kali balik , ingat semua kejadian yang terjadi . Tabahkan lah hati ini , Ya ALLAH .
Nak ulang balik masa , tanak kenal dengan dia , tanak lalu tepi kelas dia , tanak jumpa dia . disebabkan semua tuu , aku kenal dia , dan terpaksa lalui semua benda ney . Bukan menyesal , tapi hati niy terlalu lembut dan tak dapat nak terima semua kekecewaan ni.








Kuatkan hati ini , untuk cuba lupakan kenangan lalu , dan bina kenangan baru ~

Buat kali terakhir....

Hampir seminggu aku kehilangan diri dia yang aku kenal . Hampir seminggu inbox aku sunyi dari texting dia , texting gila gila dia . Aku rindu saat tu , aku terlalu rindu .
kenapa masa ubah semua ni ? kenapa aku tak berhak nak rasa gembira ? kenapa aku perlu lalui semua ni ? kenapa aku perlu terima yang dia akan pergi tinggal aku , walaupun dia kata yang dia tak mungkin akan tinggal aku . Err , aku kena yakin , sabar dan tunggu kepulangan diri dia yang dulu . sabar dan terus bersabar. Yea :) aku kena yakin , yakin yang dia akan datang dekat aku balik ! yeah , dia akan datang dekat aku balik . Aku tak kesah , walaupun seribu tahun aku kena tunggu dia . Pada awalnya aku benci perempuan tu ! tapi , aku tak boleh , kalau tu yang dia nak dan dapat buat dia gembira . Tapi aku tak boleh dia jauh dari aku . Ya Allah , kalau diizinkan aku nak jumpa dia mungkin buat kali terakhir sebelum aku dapat diri dia yang dulu dan sebelum aku balik Taiping dan lupakan semua yang berlaku , lupakan semua air mata yang pernah keluar untuk dia . Ya Allah , gerak kan hati dia :"(


P/s : Muhammad Yazid , you are the best brother , you will be the best brother walaupun lepas apa yang terjadi . Will miss you till end my life :"(

Kenangan....



berharap semua menjadi seperti asal . kenangan lama yang sentiasa dalam ingatan . pertama kali jumpa . setiap detik , saat luangkan masa bersama .

Rindu , rindukan layanan dia , rindukan kesabaran melayan perangai aku , rindukan segala gala mengenai dia . rindu nak jumpa dekat titi yang selalu tu . rindu nak jumpa dia tiap hari sebelum naik kelas .

sayang , sayang nak tinggalkan dia , sayang nak suruh dia lupakan kita. sayang untuk memahami aku selama ni. sayang untuk segala galanya.

benci , benci untuk dengar tiap kali dia kata ada orang tak sayang dia.

mana hilangnya dia yang dulu ? yang tergila gilakan aku , yang marah bila ada lelaki nak dekati aku . Yang menjaga aku saat aku sakit , sihat . mana dia ? kenapa lepas aku pergi dua minggu nih baru aku tahu . kenapa tak sebelum aku minta kita macam dulu , kenapa tak 2 atau 3 bulan yang lepas aku tahu . Apa semua ni ?

Aku terlalu berharap , terlalu yakin yang semua ni akan jadi macam dua tahun lepas , bila aku jauhkan diri dari dia . aku fikir aku bahagia , tapi akhirnya aku cari dia balik sebab aku tahu dia jea yang boleh faham aku . ingat bila dah okay , aku boleh yakin , yang tiada apa yang akan berlaku . tapi kesudahanya ? Patut lah text jarang , call pun dah tak macam dulu . layan pun tak macam dulu . Bila tergerak hati , Ya subahanallah . apa semua nih ? Dugaan untuk aku. Cabaran untuk 2 tahun perkenalan yang bakal tiba tak lama lagi . Terlalu kecewa . :/


Bye bye :'(


Assalamualaikum and hi :)

 Haihh , sedih tahap babun nak story . Selasa lepas mama dapat call , aku dapat tawaran vokey kat Taiping nuh ! haha , tak jauh pun . Tapi yang sedih tu nak tinggal kawan lea. bukan apa dah bertahun dengan depa kan ? p tempat baru nanti tak kenal kawan apa semua , kalau dapat pun , ada kaa macam kawan kawan aku selama ney ? yang gila , sentiasa masuk air , faham kerenah aku yang banyak mulut ney . :(
Seriously , classmate aku sorang pun taktau pasal ney . Time dekad bilik seni tu habes semua terbongkar , HAHA . Hari Rabu yang memenatkan . sangat memenat ka . Pergi bilik kaunseling , bilik guru , pejabat . dok ulang tempat tu ja . Yea la nak urus surat berhenti sekolah semua , hishh . Dari pagi sampai time rehad baru selesai semua . Hari tu jugak aku kena buli dengan kawan semua , yea laa bila lagi kan ? hewhew .

Time balik tu pakat dok buat drama lah kan ? first yang salam cium aku semua uzma lah . nanges aku dibuatnya . Yea laaa , 3 tahun lebih deret dok tengok muka dia jaa , kelas sama jaa . Tapi masa form 3 , kami banyak gaduh sampai form 4 . Maybe dia nages sebab aku nak pergi , dia tak leh gadoh dengan aku dah kan ? atau sebaliknya . Apa apa lah . Najwa dengan Nabila second last yang aku borak lama . Diorang dua teman aku sampai pukul 3 kod , punya lama sembang . Najwa nak nanges , tapi tahan jaa . Haha . Sekarang pun aku dah rindu depa semua , belum stay sana lagi kan ? Sakinah pulak , siap buatkan aku bear monyet yang comel tuu <3 loike ! pink lagi tuu .


Macam mana lah lepas ney kelas aku tu . Tadak sapa nak kena marah dengan aku time bukak kipas , lampu . tadak sapa nak kena marah bila tak kemas kelas . tadak sapa nak ajar puteri , firah , najwa math . Tadak sapa nak dengar aku menjerit , tadak sapa nak tengok jelingan aku , tadak sapa nak dengar aku nyanyi lirik lintang pukang . Uwwaaaa ! :'(
Hm , kalau aku boleh pergi SP lagi sehari kaa , aku nak satu hari tu kawan aku semua tak belajaq BI dengan BM , aku nak buat surat suruh tukaq cikgu , HAHA . Aku tau hampa semua tak suka kan ? Masa berlalu cepat sangat kan kawan ? Hmmm . :(

Dear classmate , Zafirah lepas niy tadak sapa nak cubet aku kalau aku conteng buku , bising , nyanyi lirik terabur . Puteri , tak boleh nak gossip , tengok hang makan sambil nanges . HAHA . Bella , tak boleh dengar hang riuh lagi time belajaq . Najwa , yang setiasa sabar dengan aku , banyak dengar gelak pontianak aku . Mat pot (fauzi) , lepas ney aku tak boleh marah hang dah , aku tak boleh bukak kan kipas untuk hang dah , aku tak boleh membebel kat hang lagi . Amirul Afiq , tak boleh dah nak tengok akma sapu sampah dengan muka tak puas hati . haha , baru nak kenal kan ? ish ish . Lepas ney , tak dengar budak lelaki kelas aku tu melatah . comel jea . hehe .
Teacher Aznin lepas ney sunyi laa , budak mulut banyak tadak dah . Cikgu khairi , lepas ney tak halau dah kod , haha . Ramai dah keluaq . Will miss you guys <3















P/s : Totally love you guys , Miss you guys forever and ever ! :"(















xoxo,
Little Miss A.

Rindu yang teramat sangat ;)



Assalamualaikum and Hai ^^
Fuhh fuhh ! banyak sangat MRs. Spiders ngorat boyfie kita nih .
Lama kan tak up-to-date boyfie kita sorang nih , hehe . Kemalasan kemelandaan , kedatangan kemalasan yang ketak kejemputan . :P haha , belit belit nak sebut aihh . Malas ! okay ? faham kan . hewhew
biasa lah kita hadap bukuu , *hokktuihh dah lepas PMR apa kes nak hadap buku lagi kan , nampak sangat nipunye oii . Totally kita rindu sangat dekat blog kita yang semak samun nih. Dah lama tak menaip dekad sini sampai taktau nak hapdate apea . Story pasal PMR nak dokk ? *kalau takmau pun kena baca jugak ! Even PMR dah lama gila lepas , aku baru nak story kan ? biasa lah , biar lambat asal selamat . Haha.

 Masa kemas bilik peperiksaan tu , perasaan yang dah lama tak muncul nih muncul balik . Masa first aku rasa cem tuu time UPSR , second time nih lagi lah mendebarkan , series takot , ketaq , tak senang duduk aku dibuatnya . Last minit baru sedaq nak amek exam , cem tuu lah . Bayangkan first day exam aku dah menangis , ohmayy . Disebabkan aku tak baca yang form 2 punya novel . see ? kecuaian aku ketara gila kan . Aku dah hafal dah persoalan , yes ! memang teruja bukak paper persoalan yang keluar , at last baca arahan , nganga aku . Form 2 ! bayangkan betapa hampa , menyesal sebab tk baca . herr . okay , perkara dah lepas aku tak patut ungkit and see the result jea lah . :/

Second things yang terjadi selama aku tak update nih , we having a party ! 
seriesly tak best , tak best okay . Aku pun tk makan time jamuan tu , rasa semak perut ! Taktau kenapa , tak lalu langsung , makan benda merapu jea banyak . Even ada macam macam kat situ , such as nasi tomato *ditaja khas oleh cekgu yati , secret recipe *ditaja khas oleh mama , cup cakes *ditaja oleh aby
Oh , yes ! Kami semua sedang menghitung hari menunggu kemunculan , ketibaan little baby from cikgu Yati, ouchh <3 . Bulan 12 nih , InsyaAllah kalau diizinkan, little baby keluar . Best cakap dengan little baby tu , mintak dia keluar 19 haribulan 12 . Haha , cikgu Yati tak kasi woww , takot anak dia ketegaq , banyak jalan , banyak cakap macam anak murid dia nih . ^^ . Mintak little baby tu keluar sama tarikh dengan Najwa pun cikgu tak kasi , kuat berjalan dengan pemalas katanya . haha . ohmayy , cikgu pun dah faham sangat dengan kami semua . mana taknya , kot mana cikgu pergi , kami lah yang akan muncul ;)
Takpa lah little baby , keluar lah bila pun . Kami semua tunggu :D

Err , story apa lagi eh ? Till here jea lah kay . InsyaAllah , ada masa kita update kay :)